Monday, July 19, 2010

Allah lebih menyayanginya...

Innalillahiwai'nnailaihiroji'un...
Akhirnya,
semalam,lebih kurang jam 3 petang, Tok Wan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang...
Jam 4 petang Along call utk mengkhabarkan pemergian Tok Wan..
Perasaanku??
Tenang...kerana telah bersedia utk mendengar semua itu..
Walaupun sangat terkilan kerana tak dapat balik melihat Tok Wan buat kali terakhir..
Biarlah.. Allah lebih sayangkan Tok Wan dan tak sempat sakit lama..
Alhamdulillah..
Itu dah lebih daripada cukup..daripada melihat dia terlantar lebih lama..
Kata Along,sebelum TokWan menghembuskan nafasnya yg terakhir,sanak saudaranya telah menunaikan solat hajat utk memudahkan pemergiannya...
Dan Alhamdulillah,tak lama selepas itu,Allah telah memudahkan pemergiannya, seperti mana yg diharapkan..Alhamdulillah..
Kata Along,wajah TokWan sangat bersih, nampak mcm orang tgh tidur je,tenang dan cam tersenyum...owhh
Arwah telah selamat dikebumikan selepas Isya' malam itu jugak..
(mayat tak elok disimpan lama2)

"Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.."
Al-Fatihah...


*Aku sayangkan Tok Wan..tapi tak berkesempatan utk mengucapkannya kepada Tok Wan..owhh
Kata Along, Tok Wan juga sayangkan aku.. setiap hari ada saja yg ditanya tentang aku kpd Along,dan ingin bertemu dgnku lg..tapi tak mengapalah..@-@*


P/S: Arwah Tok Wan sempat merasa Puding Kastard yg aku buat 3 minggu sebelum dia jatuh sakit...dan aku dah puashati utk itu...=) *sayang Tok Wan*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 16, 2010

moody+donut chumel

Dan hari ni,aku agak moody,rasa cm nk nanges je...pegi kelas pn cm xde semangat je..
kenapa yer...hmm
mungkin teringatkan Tok Wan..
atau, mungkin teringatkan assignment yg makin bertambah dr sehari ke sehari..
atau,mungkinkah...arggh...!!
Aku benci perasaan sebegini!!

Tetibe balik kelas td, aku masuk bilik...
then,aku tengok ada sesuatu diatas mejaku..


*cam sodap je donut chumel ni*wee~ =D


Then, tetiba rumate aku cakap,
"Akak,tu donut untuk akak.."
Terkezut aku...huhu
"Ohh terima kasih Aiman..=))"

~hari ni sy dapat makan 2 bijik donut chumel yang Rumet sy beli~ehee

P/S: tenkiu myluv rumate, Aiman Nafisah..=) ~ terasa sayang lak nak makan..nak simpan je la,bleh??errr......apakah??ahaks!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

hanya doa dapat kutitipkan dari jauh...

2 days ago,i've got a bad news from my Along a.k.a Firdaus..
mengatakan, Tok Wan nya terjatuh kat pintu toilet..owhh aku sgt terkejut! Along lebih la lagi..
hampir menanges aku mendengarnya...tp kata sepupunya yg ada kat umah Tok Wan, Tok Wan xde pape..mungkin terkejut sket je..bg minum air pn termuntah..
mlm itu jugak emak saudaranya balik umah Tok Wan..
Along xdpt ikut balik, coz kena urus adik2 sepupunya yg bersekolah esoknya..
Aku dpt mendengar suaranya yg sebak menahan tangis time dia call aku...
aku sangat2 faham perasaannya..Along membesar dengan Tok Wan, sampai lah sekarang Along sgt rapat dgn Tok Wannya..
Dan,aku juga telah mengenali Tok Wan..aku pernah ke rumah Tok Wan utk bagi air ubat..
Yang penting,Tok Wan tahu aku bakal menjadi cucu menantunya nanti, InsyaAllah kalau ada jodoh dgn Along..:)
Setiap hari Tok Wan bertanyakan perihal aku pada Along..woahaa! :D
Oit2, Aishah!! behave,citer masih dlm mode sedeyh ni!!
Owh,ok2 lupe!...hee continued..
emm Tok Wan skrg masuk hospital..kata Along, Tok Wan kena strok, dah lumpuh separuh badan..
kesian Tok Wan...;((
Aku nak balik gak melawat Tok Wan..tp xdpat, sgt byk keje..wuu sedeynye..
Semalam, Along citer lagi pasal Tok Wan..
Tok Wan nak air sejuk, nak makan anggur, terasa nak mkn prune..
tapi sebenarnya,dia dh xdpt makan sgt..doc bagi susu pn melalui wayar dlm hidung..hmm ehem, Aishah plez jgn tangkap leleh skrg..!
"Ya Allah..sembuhkanlah Tok Wan,panjangkanlah umur Tok Wan dan kuatkanlah semangatnya untuk terus hidup"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 14, 2010

Wanita dan Sifat Pemalu




"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.


Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja.melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum
wanita.




P/S: Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 5, 2010

Tentang 2 Kemungkinan..


Ok, disini ada suatu renungan tentang 2 kemungkinan..

Dalam hidup ini ada 2 kemungkinan...

...iaitu kemungkinan kita akan sihat dan kemungkinan kita akan sakit....

...jika kita sihat, alhamdulillah...tapi jika kita sakit, ada 2 lagi kemungkinan...

...kemungkinan kita akan sakit sikit-sikit seperti batuk atau selesema atau kemungkinan kita akan sakit kuat...

...jika kita sakit sikit-sikit seperti batuk atau selesema, alhamdulillah...tapi jika kita sakit kuat, ada 2 lagi kemungkinan...

...kemungkinan kita akan sembuh atau kemungkinan kita akan mati...

...jika kita sembuh, alhamdulillah...tapi jika kita mati ada 2 lagi kemungkinan...

...kemungkinan kita akan mati dalam keadaan bersedia untuk bertemu Allah swt dengan segala bekalan dan persiapan atau kemungkinan kita akan mati sia-sia...

...jika kita mati dalam keadaan bersedia untuk bertemu Allah swt dengan segala bekalan dan persiapan, alhamdulillah...

tapi jika kita mati dalam sia - sia.....
renung - renungkanlah....


P/S : Dalam 2 kemungkinan itu, kemungkinan yang manakah kesudahanku..? Wallahu'alam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 3, 2010

Aku vs Penagih Tegar

semalam,
satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, dalam bilik aku lak tu!
kurang asam boi betul makhluk tu, x padan ngn kecik!
memang seekor penagih tegar btul la, siap bagi love bite lg kt badan aku..arggh benci kau, NYAMUKK!!

++penagih darah tegar ni la yg telah mencemar duli kt badan aku++

kerana kau,tidur malam ku terganggu sampai pagi!
kerana kau jugak badan aku gatal-gatal dgn kesan love bite yg amat nyata!
kerana kau jugak aku telah melakukan 'pendermaan' darah secara amat tidak rela tanpa sedar!
aku dah pasang ubat nyamuk, tapi nampaknya nyamuk2 ini sangat bebal dan tahan lasak dgn ubatnya sendiri...atau, nyamuk2 ini memang akan semakin mengganas jika kita memasang ubat nya itu??hmmm.....musykil tul~

see??? baik punya muka dok perli aku sbb dh berjaya membuncitkan perutnya!ko mmg kejamm!!! >.<


tengok!
kalau aku derma darah kat hospital agak nya dah penuh satu beg darah tu..kalau ditambah dgn yg telah kekenyangan yg lain2..
sangat membazir, okeyh!!..
++hah!ni dia nyamuk2 yg telah terbunuh krn telah mencari pasal dgn aku..ni baru sikit,yg lain xsempat kumpul sbb dh lunyai aku kerjakan!hahaha~padan muka kau,nyamuk!++
sume nyamuk2 yg telah mencemar duli kat badan aku semalam adalah nyamuk2 betina..bukannya jantan!
kalau jantan aku x kesah sangatla,sebab memang dah dasar jantan...tettt!ahakss..:p
cemane aku tau sume nyamuk2 yg bt love bite kt aku tu nyamuk betina??
adakah aku telek satu2 setiap nyamuk yg telah 'terbunuh' semalam??
ohh tidakk.....
faktanya : nyamuk yang menghisap darah kita hanyalah nyamuk betina, kerana beliau perlukan darah utk bertelur, dan kerana itu beliau perlukan asid amino yg ada dlm darah kta..
nyamuk jantan??beliau hanya hisap madu pada rumput..itu yg aku tahu la..lalala~
P/S : nyamuk sekarang dah tak makan saman~~tettt!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cinta itu Indah??

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

P/S 1: Ehem-ehem...kerana Cinta juga hati Fisya yang sekeras kerikil telah menjadi spt cecair, dlm tabung uji..(ceh-wah!!wekk2..muntah ijau!) hahaha~geli gile...!!

p/s 2: Khidmat nasihat dr Fisya: Peliharalah kesucian sebuah CINTA dari perkara yang tidak sepatutnya spt....tettt!~siaran ditunda~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

++FiSya's Fish++