Tuesday, March 1, 2011

Kecewakah aku??

++ilusi semata-mata..sebab mata aku lagi cantek!tett...hak3++

Mungkin …
Kerana kecewa itu hanya di dalam kalbuku
Yang tahu hanya aku dan Roh ku
Dan DIA yang Maha Mengetahui

Aku..
Hanya ingin mencuba
Membina satu persatu jalan-jalan yang sudah terputus
perlu dicat dengan warna yang baru
Tanpa ada warna hitam yang tersimpan

Aku …
Perlu belajar memahami diri sesiapapun
Perlu memahami tentang dunia
Tentang kehidupan
Meskipun hati ini kecewa.

Pintamu itu mungkin ada benarnya
Harapanmu mungkin ada baiknya
Ya, aku gembira.. terlalu gembira
Biarpun aku hanya berpura-pura
Demi kebaikan.. demi masa depan
Rasa kasih yang tulus dari sanubari kita
Perlu dibuang dan kita perlu lahirkan satu rasa pura-pura
Biarpun kita sebenarnya KECEWA!
Kecewakah aku?
Itu tak penting.. yang penting..
Gembirakah kau?
Entahlah …


P/S : Selamat Pengantin Baru buat kamu berdua...semoga kekal ke akhir hayat..*tulus dari hati* (betulkah Aishah?? yes! yes! totally YES!! fullstop~)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

++FiSya's Fish++