Wednesday, May 26, 2010

penat aku lelah..

hmm dah agak lama aku tidak membuka hikayat tentang diriku yang lemah lagi hina ini rasanya..sejak dalam proses 'menghabiskan tempoh' praktikal ni..sungguh sangat tidak sabar menunggu tempoh ini habis..atau dgn kata lain aku sangat penat menghitung hari,jam,minit,saat dan detik untuk menghabiskan praktikal ni..wuwuu sampai demam-demam aku dibuatnya,gara-gara asyik masyuk dok menghitung masa..hahaha aku memang dah sewel agaknya..bila dah takde keje kat opis,ni la dia keje aku,menghitung masa(tuk rehat,lunch n paling tak sabar..tuk balik!!)waahhh sengal! dan sebagai aktiviti tambahan bila dah tersangat bosan dalam bilik yang serba 'panas+berwap+berpeluh' ni (gara-gara aircond yang seperti malu-malu mengeluarkan angin sejuk-suam-kuku nya ala-ala hidup-segan-mati-tak-mau),aku selalu membuka topik-topik baru tuk berkongsi ngan 'opis room' aku,yang seramai 4 orang (k'etie,nik - pekerja kontrak tuk migrasi data JKM17 n farah - praktikal ngn aku)..
ok,aku nak stori mori sket pengalaman aku keluar masuk kampung bersama staf JKM yang berkenaan bagi Program 1 AZAM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini,atau lebih dikenali dgn E-Kasih..prog ni dijalankan bertujuan mengurangkan penduduk miskin tegar di Malaysia dan bagi membolehkan penduduk miskin ini menjana penadapatan sendiri,terutamanya kpd mereka yang tidak mempunyai kelulusan tinggi atau tidak berkebolehan. Prog ni meliputi 4 cabang iaitu Azam Tani,Azam Niaga,Azam Kerja dan Azam Khidmat..mereka-mereka yang telah tersenarai dlm senarai e-kasih ini akan disoal selidik samada berminat utk menceburi mana-mana cabang yang disediakan itu..makanya,pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditugaskan utk melakukan soal selidik ini,dgn pergi ke rumah-rumah mereka yang tersenarai itu..dan,sekali lagi,makanya..AKU juga perlu terlibat sama utk menyiasat kes-kes ini....sehinggalah ke saat ini...aku,secara rasminya,telah demam tanpa disangka-sangka gara-gara kerja ini..wuuuuuuuuu sangat penat+lelah okeyh!
tetiap hari keluar ikut k'maizura (staf JKM) masuk kampung2 mencari rumah-rumah yang berkenaan..dah la jauh,susah giler nak cari sesebuah rumah tu,makan 'langsat' tu xyah kira la,memang aku kenyangla makn langsat tu!huhuu
adela dalam 50++ buah rumah kitorg kena gi siasat kes,kena siapkan dlm masa 10 hari..bayangkan,nak cari sebuah rumah tu pun satu hal,pastu plak,keje ni kena buat selepas habis waktu pejabat,dkat kul5 ptg..alamatnya memang aku keje overtime la..mane sempat weyh nak abes!!hishhh sabor je la kami....
Dan,gara-gara itu,semalam aku dah buat cuti sendiri,demam!huu cian aku kan...penat weyh keje camni..memang aku xde jodoh ngn keje2 camni la kot..aku nak carik keje yang dok dlm opis je nanti..wahh demand btol!hahaha~sukati aku la...lalala



P/S: kalau xnak keje bleh tak??tapi aku nak duit masuk tiap2 bulan...heh!berangan la sampai tua aishah oii............

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 19, 2010

Kadang-kadang..

kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia,
kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa,
kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia,
adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita sangat merinduinya..
orang itu adalah orang yang pernah berkongsi Suka & Duka bersama kita..
maka hargailah dia selagi dia masih ada..

...sesungguhya, mengenali & mencintai dirimu adalah 1 anugerah paling indah yang terjadi dalam hidup aku...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 9, 2010

rindu melampau..wuu

hmm..nak bukak sesi menggedik sket ni..ehehee
aku sebenarnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rindu......banget sama Dia..
yang jauh di mata...
.
.
.
.
.
.
aku telah 'ditinggalkan' utk sementara
Dia telah pergi ke puncak gunung berembun,dungun..ekspedisi..
dan telah meninggalkan aku terkapai-kapai kerana ketiadaan line di atas sana..
nak ikot,tapi kena wat LI ni lak..menci tul!
.
.
.
.
.
huu rindu yang teramat..
mesej pn xde respon..delivered msg pn xdpt sebenarnya..huu
sangat terasa dgn 'kehilangan' ini..terasa sgt sunyi..
hmm sabarlah duhai hati..
esok lusa balik lah tu...
tak sabar menunggu kepulangannya...
cepatla balik dear..rindu ni...(euww sesi yg sgt geli!)
tu la..time ade,tak layan sangat...bls msg pn lmbat2 (nasibla kamu..kui3)
aku sememangnya spesis yg malas nak msj org,kecuali klu ade hal yg penting je..
maka,aku memaksakan tgn utk menaip msj..ngehehe
time xde ni,mula la tergedik-gedik dok cari..haish
.
.
.
.
...huu berendam airmata la aku tiap kali teringat...haish~

P/S: cam org tak betul je rasenye bila sengaja hntar msj,sengaja nak call..sedangkan dah tahu memang kt atas sana tu xde line..msj pn xkn sampai..huu~Aishah dah sewel!!tettt...@_@

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

praktikal

...Latihan Industri...
kt Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh
selama 8 minggu @ 2 bulan..je...
dah start laswik..3 Mei til 25 Jun 2010
huu not bad la tmpt ni..
ok je..tp tempatnye kecik je..
tapi..
ntahla..
aku sebenarnya belum bersedia lagi utk masuk alam pekerjaan..
sebabnya..
hmm masih belajar lagi..
wahh alasan ko FiSya..
banyak cantek!
ni syarat ko tuk bergraduat okeyh!jgn memain...tett..
hee xdela,aku malas sebenarnya..
dah orang bagi cuti,perasaan nak cuti je la..
tu je...
lalala...
papepun..
aku tetap akan teruskan LI ni sampai abes
walaupun dgn penuh takde perasaan..sgt buh-san okeyh!
bukan ade keje sgt pun..just tggu pegawai ajak gi kaji kes je..
setakat ni xde lagi peg yang ajak gi masuk kampung..
kui3...
okeyh,gotta go...lunch..hmmm


P/S: latihan praktik tuk hari ni --> goyang-goyang kaki lagi sampai lenguh...lalalala~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

++FiSya's Fish++