Wednesday, May 26, 2010

Home » » penat aku lelah..

penat aku lelah..

hmm dah agak lama aku tidak membuka hikayat tentang diriku yang lemah lagi hina ini rasanya..sejak dalam proses 'menghabiskan tempoh' praktikal ni..sungguh sangat tidak sabar menunggu tempoh ini habis..atau dgn kata lain aku sangat penat menghitung hari,jam,minit,saat dan detik untuk menghabiskan praktikal ni..wuwuu sampai demam-demam aku dibuatnya,gara-gara asyik masyuk dok menghitung masa..hahaha aku memang dah sewel agaknya..bila dah takde keje kat opis,ni la dia keje aku,menghitung masa(tuk rehat,lunch n paling tak sabar..tuk balik!!)waahhh sengal! dan sebagai aktiviti tambahan bila dah tersangat bosan dalam bilik yang serba 'panas+berwap+berpeluh' ni (gara-gara aircond yang seperti malu-malu mengeluarkan angin sejuk-suam-kuku nya ala-ala hidup-segan-mati-tak-mau),aku selalu membuka topik-topik baru tuk berkongsi ngan 'opis room' aku,yang seramai 4 orang (k'etie,nik - pekerja kontrak tuk migrasi data JKM17 n farah - praktikal ngn aku)..
ok,aku nak stori mori sket pengalaman aku keluar masuk kampung bersama staf JKM yang berkenaan bagi Program 1 AZAM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini,atau lebih dikenali dgn E-Kasih..prog ni dijalankan bertujuan mengurangkan penduduk miskin tegar di Malaysia dan bagi membolehkan penduduk miskin ini menjana penadapatan sendiri,terutamanya kpd mereka yang tidak mempunyai kelulusan tinggi atau tidak berkebolehan. Prog ni meliputi 4 cabang iaitu Azam Tani,Azam Niaga,Azam Kerja dan Azam Khidmat..mereka-mereka yang telah tersenarai dlm senarai e-kasih ini akan disoal selidik samada berminat utk menceburi mana-mana cabang yang disediakan itu..makanya,pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditugaskan utk melakukan soal selidik ini,dgn pergi ke rumah-rumah mereka yang tersenarai itu..dan,sekali lagi,makanya..AKU juga perlu terlibat sama utk menyiasat kes-kes ini....sehinggalah ke saat ini...aku,secara rasminya,telah demam tanpa disangka-sangka gara-gara kerja ini..wuuuuuuuuu sangat penat+lelah okeyh!
tetiap hari keluar ikut k'maizura (staf JKM) masuk kampung2 mencari rumah-rumah yang berkenaan..dah la jauh,susah giler nak cari sesebuah rumah tu,makan 'langsat' tu xyah kira la,memang aku kenyangla makn langsat tu!huhuu
adela dalam 50++ buah rumah kitorg kena gi siasat kes,kena siapkan dlm masa 10 hari..bayangkan,nak cari sebuah rumah tu pun satu hal,pastu plak,keje ni kena buat selepas habis waktu pejabat,dkat kul5 ptg..alamatnya memang aku keje overtime la..mane sempat weyh nak abes!!hishhh sabor je la kami....
Dan,gara-gara itu,semalam aku dah buat cuti sendiri,demam!huu cian aku kan...penat weyh keje camni..memang aku xde jodoh ngn keje2 camni la kot..aku nak carik keje yang dok dlm opis je nanti..wahh demand btol!hahaha~sukati aku la...lalala



P/S: kalau xnak keje bleh tak??tapi aku nak duit masuk tiap2 bulan...heh!berangan la sampai tua aishah oii............

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Hati Bertapak:

Post a Comment

++FiSya's Fish++