Friday, April 9, 2010

Home » » Rindu~Damai yang Hilang

Rindu~Damai yang Hilang


Ntah kenape,
(tapi rasenye aku tahu kenape..hehe)
semenjak dua menjak ni aku terasa rindu sgt...
bukan rindu pada seseorang yang jauh di mata yea...
(tp mmg hipokrito la sgt klu aku ckp x rindukan seseorang tu, termasuk umi,abah n adik -adik aku yang jauh diperantauan..ceh-wah!perantauan la sgt..haha~rindu mereka sgt2!!wuuwuu..tapi tak dapat balik..i'm sori to all of u..)
Tapi sebenarnya aku lebih rindukan sesuatu yang dah agak lama hilang dari dalam jiwa aku kira, adalah dalam 2 tahun, semenjak menjejakkan kaki kt tempat org ni..
tapi bukan sepenuhnya la yang hilang..sebab aku masih boleh mendapat ketenangan dengan adanya DIA yang diatas sana, yang sentiasa bersama aku tidak kira dalam apa jua keadaan aku sekalipun..setiap kali aku mengadapNya dan mengadu padaNya..kalau aku ingat DIA, DIA lebihla lagi ingat kat aku kan..yang tu insyaAllah aku takkan abaikan la...harap-harapnya..namun,terkadang tu aku sesekali akan 'terlalai' juga,akibat terlalu sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah habis,kerana, aku juga manusia biasa yang lemah lagi hina...
Tapi,bukan itu yang aku ingin nyatakan disini..kerana kita sememangnya akan dapat ketenangan yang tak dapat diungkapkan bila sentiasa bersama DIA...insyaAllah..

Ketenangan yang aku maksudkan disini adalah dalam aku menjalani kehidupan sehari-hari!
Setiap hari ada saja yang tak kena dan menganggu ketenangan hati...

Tension!!
usah cakap la,mmg melebihi tahap dewa dah kot!serasa 24 jam sehari itu sangat tidak mencukupi,kitaran tido yang memang sangat tak normal lagi,rehat yang sangat terhad sehingga aku terasa robot pun kalah dengan aku..dengan keje bertimbun,discussion sampai 2 3 pagi itu perkara biasa,klas kul8 pagi tetiap hari (kira sndrila bape jam je shari aku berada di alam nirwana,nk menganyam mimpi pun xbrape nak menjadi~frust!),kena buat research di sana sini, kemudian ada sesi temu yang tak berapa nak ramah,laporan reseach,yang terkadang sangat complicated,involved aktiviti w/pun aku selalu missing in action,kerana ke'sebok'an yang melampau-lampau...meeting yang ntahapehape,itu,ini,begitu,begini dan bla,bla,bla....sesungguhnya,aku tersangat2 penat dengan semua ini!!
Mereka yang melihat hanya mampu menilai,tapi tidak cuba untuk memahami..kerana kau dan aku berbeza..maka,terkeluarlah statement yg tiada paksinya, yg bisa membuatkan taik telinga aku mjadi keras,krna bermati-matian cuba utk menafikan kata-kata para penilai yg sgt tak bertauliah..kesian kau kan whai taik telinga..brsabarlah..hanya kau dan diriku yg lebih mengerti keadaan sebenarnya, selain DIA yg lebih mengetahui...

Sakit hati!!
dengan makhluk-makhluk sekeliling yang sangat terkurang tunjuk ajar!salah siapa?aku pun tak tahu..pity of them aite??~tapi,ada aku kesah???sikit pun tak!!lalala~lantak kau la...
aku bukannya baik sangat pun,tapi ada batas-batasnya la jugak kan..ni main ikut kepala sendiri jer,tak pernah nak pikir kepala orang lain jgk,melampau sangat la tu.....

Serabut!!
dengan dunia sekeliling yang penuh tipu daya dan hipokrito!janji itu,janji ini,kalau buat itu,akan dapat ini,kalau buat ini,akan dapat itu..kalau,kalau dan kalau....wut da..
boleh blah dengan segala macam 'kalau' kau itu!!plez la......get lost!!

Menyampah!!!
dengan makhluk2 yang berasakan diri mereka itu sangat hebat dan lebih berkuasa,lalu menindas dan menganiaya orang yang kurang kuasa sakti darinya!bila tidak suka,mereka tidak akan pandang lagi..tapi mereka tidak sedar,bahawa bukan semua orang yang sukakannya..tapi merasakan semua orang sukakannya...sedangkan orang hanya mempergunakan mereka..sangat kesian.....tapi tak dapat aku nak tlg makhluk2 sebegini....tak kuasa aku!huh!

Meluat!!
dengan perangai makhluk-makhluk yang sangat suka membanggakan diri sendiri,yang berasa dirinya sangat gah!yang terasa dirinya sangat hebat dari orang lain,yang terasa dirinya lebih pandai,yang terasa dirinya ada segala macam kemahiran,yang terasa dirinya boleh mendapat segala-galanya..sedangkan mereka tidak pernah cuba untuk tahu dan menerima bahawa orang yang dipandang serendah ibu jari nya itu lebih hebat darinya yang terasa diri itu setinggi langit ketujuh!padahal mereka masih di dalam tempurung yang sama,tidak pernah keluar untuk berpindah ke tempurung yang lain!waa trsangat kesian ngan makhluk2 sebegini bukan??ish3...very da....

Benci!!
dengan peraturan dan segala macam undang-undang yang sangat menyusahkan,sehingga si semut, dan si siput baby mahupun cipan pun tak berani nak cut cross kawasan yang penuh dengan peraturan remeh,yang boleh menghalang perjalanan dan melengahkan masa mereka untuk perkara yang lebih penting lagi!!
Dan lagi??

Aku Sedih+Takut+Bimbang...
kerana,segala macam semangat yang aku tuai dulunya berkobar2 untuk mencapai impian dengan penuh jayanya...
kini hanya tinggal senipis kulit bawang...
tunggu masa untuk tercerai dari isinya sahaja...
hilangnya semangat aku itu bersama hilangnya ketenangan jiwa yang telah lama tidak aku rasai...
Aku sangat rindukan ketenangan itu...
sesungguhnya kejayaan tanpa ketenangan dan kebahagiaan tiada nilai dalam kehidupan..
(menge'pau' kata-kata dari 'cikgu' dalam kelas aku..hehe sori cikgu,nk pinjam..hehe)
tapi sememangnya ia sangat2 tepat lagi benar kepadaku...
ntahla,ape nak jadi pun aku tak tahu...
aku hanya mampu bersabar dan berdoa semoga aku dikuatkan hati dalam menempuhi segala dugaan ini,dan semoga aku berjaya tamatkan pengajian ini dengan jayanya (yeke dgn jaya??) walaupun semangat yang telah luntur dek dibasuh dengan clorox-clorox bleach duniawi...
hmm no komen!huhu~
...wallahua'lam..

*ada setahun lagi FiSya...bertahan okeyh!=)
lepas ni,ko nak terus kerja ke,tanam anggur secara bermusim ke..nak further study lagi ke,nak kawen ke..hah?kawen??dats it!!
Aku pilih kawen!!yeay!tapi dengan sape??fikir-fikirkan lah....ngeh3


P/S: lepas habis Degree ni blehla aku sambung Master dalam Master Bedroom pulak........hahahaha Fisya telah kembali kepada mode sengal!!~ntahapehape.........umi!abah!anakmu ini sudeyh sangat gatai..!!lalalala~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Hati Bertapak:

Post a Comment

++FiSya's Fish++