Friday, January 7, 2011

Home » , » Aku Tak Mahu Jadi Dewasa

Aku Tak Mahu Jadi Dewasa


Dulu,aku nak sangat jadi dewasa cepat-cepat
Boleh buat macam-macam
Tak perlu kena marah dgn umi abah sebab buat kerja yg orang dewasa buat
Boleh melaram, pakai lawa-lawa mcm orang2 istana pakai
Especially cam Raja Perempuan Kelantan
yang salu lalu ngan limo depan umah aku dulu
time umo aku 6 7 tahun..
*bukan bermakna aku nk jd cm dia,ohh tidak sama sekali ok! juz nk pakai lawa2 cmtu je*

Dulu,aku nak sangat jadi dewasa cepat-cepat
Boleh buat keputusan sndri,xperlu kena marah lg
Boleh cepat kerja,dapat duit sendiri
Boleh pegi mana-mana yg aku suka
Boleh mengundi*tpengaruh ngn makcik2 aku la ni*chait!
Boleh kawin,ade anak sndri*gatai!
Boleh bawak kete gi jalan2 ngn mmber2
Boleh bc novel,xperlu bc buku sekolah lagi
Boleh tgk TV sesuka hati
Boleh mcm2 la,x
terhitung...


Dulu,aku nak sangat jadi dewasa cepat-cepat
Then,boleh masuk U cm makcik2 aku..
Tiap kali hntar dia naek bus kt stesen,aku dh ckp kt umi
"Umi,nnt Aichah nak g bljr kat kL,UiTM Shah Alam, cm CikDa..nk naek bus mlm2 cmni g bljr,nk g jauh2 gitu"
sebab aku xnak dk dekat ngn family,xbes..cam aku dk ostel tyme f4 dulu je..
lg,sbb aku nak rasa naek bus malam2,dgn perjalanan yg jauh..mesti best!*kononnyala*
skrg,nah!hamik ko..nk sgt naek bus mlm2 ngn perjalanan yg jauh!
baru aku tau rasa,rupanya...ohh penatnya naek bus dlm jangka masa yg lama cmtu..
gigihnya aku dtg UPM demi menuntut ilmu*eceh,tuntut ilmu la laen yg byk*hak3

Aku ingtkan best jadi dewasa ni
skrg baru aku rasa bgaimana jadi org dewasa
Aku dah x main masak2 tapi kena masak betul2 pnya
Kena jadi matang
Kena profesional
Sebelum buat apa2 kena pikir baik buruknya
Sentiasa kena berhadapan dgn masalah & masalah & masalah
yg pernah habis,lg byk dr zaman remaja dulu
Kena buat keputusan & keputusan & keputusan lagi
Semakin banyak tanggungjawab yg perlu dipikul
Kena cari makan sendiri,sbb dk jauh ngn family
Byk nak guna duit
Kena buat assigmnent,bkn lg keje skolah cm dulu
Kena kawan ngn semua orang,walaupun tak suka dia
Kena jaga hati orang sekelilling
Kena pandai jaga diri,silap langkah,hancur masa depan
Kena berhadapan dgn tekanan yg pelbagai
Kena pandai kawal emosi
Kena itu, kena ini, kena inun, kena inin..ohh
Dan mcm2 lg yg terpaksa kena buat dan hadapi dan pikir..
ohhh...xbestnya! >.<

Tapi,
Itulah perjalanan kehidupan yg akan dilalui setiap HambaNya..
Itulah Sunnatullah
Jadi,aku kena laluinya jgk dgn penuh sabar dan redha..



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)


P/S : alangkah indahnya dunia jika kita semua tidak akan membesar...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Hati Bertapak:

Post a Comment

++FiSya's Fish++