Sunday, September 26, 2010

Baraka-Allahu-Lakuma

I really-really love this song..!^_^
The beautiful song for Wedding..
Barakallah...


We're Here On This Special Day
Our Hearts are Full of Pleasure
A Day That Brings The Two of Us
Close Together..
We're Gather Here To Celebrate
A Moment you'll Always Treasure
We Ask ALLAH to Make Your Love
Last Forever..
Let's raise our hands and Make Du'a
Like the Prophet taught us
And With one voice lets all
say...say...say
Baraka-Allahu-Lakuma wa Barakah-Alaikuma
wa Jama'a-Bainakuma-fi-khair

From now you'll share all your joys
Through hardships, support each other
Together worshiping ALLAH
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your Life
With Happiness and Blessings
And Grant your Kids
who make your home filled with laughter

Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And With one voice lets all
say...say...say
Baraka-Allahu-Lakuma wa Barakah-Alaikuma
wa Jama'a-Bainakuma-fi-khair
Barakallah



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 23, 2010

Manusia, Hati & dot dot dot......



Manusia…

Manusia yg selalu tidak sempurna..


Hati..

Hati yang selalu terasa…

Maklumlah..

Hati kaya dgn rasa..

Pelbagai rasa..

Rasa yang telah menghidupkan manusia…!

Manusia..

Yg terlalu sukar utk difahami..

Manusia perempuan..

Perempuan…

Aku perempuan..

Dia perempuan..

Namun, tetap sukar bagiku memahami..

Apa yg tersirat di balik hatinya..

Apa yang tersembunyi di balik tingkah yg sedemikian rupa..


Entah kenapa..hati tiba2 rasa pedih..sakit!

Susahnya mencari sahabat yg sejati..

Aku tau..

Mungkin ini salah ku sendiri..

Kau juga pernah melukaiku..

tapi aku tidak simpan lama dalam hati..

Kerana aku masih sayangkan persahabatan kita..

Bila kau dalam kesusahan suatu waktu dulu,

Akulah orang yang kau cari, minta pertolongan..buat peneman

Dan aku, dengan seikhlas hati cuba membantu, sekadar yang termampu..

Lupakah dikau??Lupakah??

Kenapakah aku pula yang kau buat musuh?!!

Kini,

Benci apakah kamu padaku?

Begitu burukkah sangkamu padaku?

Mengapa aku kau anggap musuh sdg dirimu ku anggap saudara?

Mungkin tingkahku telah melukai hatimu,

Aku menjadi sebegitu kerana mungkin jauh disudut hatiku,

Aku berkecil hati..

Namun, rajukku tidak lama..

dan aku akan menjadi seperti sediakala, setelah hati kembali sejuk..

Apa jua salahku terhadapmu, pintaku, ‘MAAFKANLAH..

Kerana aku manusia..

Kamu juga manusia..

Kita sama2 tahu..

Manusia itu lemah..

Manusia itu tidak smpurna,

Biarpun manusia itu cuba utk jadi sempurna..

Manusia itu alpa, biarpun sentiasa diingatkan..

Manusia itu penuh dgn salah…

Maafkanlah..

Sdgkan nabi pun ampunkan umat..

Pasti yg terdetik ialah kau bukan nabi bukan?

Namun, kita kan ummat nabi..

Mengapa tidak cuba mengikut sunnahnya?


Andai terselit khilafku…

Andai tercacat langkahku…

Andai kasar bicaraku…

Pintaku..

Pintaku wahai kenalan semua…

Maafkan aku…

Maafkan aku…

Maafkan aku…

Aku hanya manusia biasa..

Engkau juga manusia..

Moga engkau memahami batas sempurnanya seorang manusia..

Moga engkau mengerti diriku hanya seorang manusia..


Tapi, tidak mengapalah..

Jika itu yg kau mahu, aku akan mengikut rentakmu..

Aku juga punya hati yang sekeras kerikil, seperti kamu mungkin!

Aku tidak akan mulakan sesuatu, melainkan org lain yg mulakan dulu...

Aku mungkin akan kelihatan kejam..

Aku mungkin kelihatan tiada perasaan..

Aku mungkin kelihatan beku...

Ini semua kerana aku telah mengajar hatiku, utk menjadi 'sejuk & kering'..

Dari segala rasa yg boleh menyesakkan!

Aku tidak mahu 'tumbang' dgn segala rasa yg boleh melemahkan aku itu..


Aku mungkin tidak dapat menjanjikan apa-apa yg bagus utk dirimu..

Kerana aku x punya apa-apa..

Hanya cebisan doa tulus ikhlas kutitip buatmu selalu..

Agar engkau sejahtera dunia akhirat..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 22, 2010

Hepi Belated Hari Raya..ngee

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI........
atau lebih tepat lagi, Hepi Belated Hari Raya kot!
muahaha agak lewat aku 'hapdate' blog aku ni kan...
huhu sori to myself n myblog...
aku sangat sebok sekarang ye..
atau,
lebih tepat lagi before raya lagi aku dah sangat2 sebok!!
huarrgghhhh stress2!!

++my Gediks Picca of Raya~wekk!haha++

wanna noe sum stori??
hohoho...
ekceli kan,aku balik umah tuk beraye lagi awal dr org lain,
dat is 27hb ogos 2010 (Nuzul Al-Quran) sampai la 19hb sept 2010!
3 minggu beb aku cuti..err bt cuti sndri sbnrnya yg sminggu awal tu..ehek!
aku balik sbb nk jmpe adik aku (cik nadiah) yg dh nk fly 'jauh ke sinun' (Russia)
dh sbulan kot dia balik Mesia ni,tp aku sgt tidak ada masa tuk balik jmpe ngn beliau..
so,kalau aku x balik gk time Nuzul Al-Quran tu,mmg nexyer la lak beliau balik Mesia ni..
dan,mmg dh konpem 2 tahun la aku akan jmpe ngn beliau plak!
lama lg tuh!xmau2...!hohoho~
so,aku telah menggegehkan diri jgk tuk balik dgn mmbawa sebeban assign n keje2 yg perlu disiapkan..
huh,haru betol raya aku thn ni..woaha!

dan yg paling mengharukan,due date assign aku adalah pd MALAM RAYA!
whoaa kacau assign la aku mlm tuh,bukan kate nk kacau rendang tlg ummi aku kt dapur!
waa begitu gegeh aku malam raya tu,
bleh catat lam diari aku yg berupa Buku 555..muahaha~
xckup dgn malam raya,balik semayang raya esok paginya tu aku smbung siapkan sket lg assign tu,edit2 lg then baru post dlm blog (berupa assignment aku tu)..sungguh tercabar rasanya..hadoii..............

then,baru la aku leh wat2 kelam kabut kt dapur n layan tetamu2 kehormat yg datang beraya...
sungguh penat aku kerana tidak cukup kaki & tangan kt umah tu..kerana kaki
& tangan yg lagi satu not available kt sini..muahaha~

++inilah budak yg telah melarikan diri ke perantauan..hanya dapat tgk kami beraya via webcam je lah kamu ye..muahaha++

Cik Yah!!
sampei hati kamu meninggalkan kami adik beradik terkontang-kanting dgn ummi time raya ye!!
tahun depan,xkira...kamu perlu.harus.mesti.wajib. beraya kat umah!!dh 2 tahun kamu xberaya kt umah,okeyh!
no more excuse!!
klu x,xdpt duet rayerr...ngehehe~

++my Bos & his Heroes (not including me)..wee~++

++Heroins of my Boss..ngee~ :D++


Okeyh,kesimpulan yg dpt aku simpulkan kt sini...
raya tahun ni mmg best!
dgn wat BBQ lg,fuhh penat aku!sbb venue sume kt umah aku...woaha!
InsyaAllah kalau panjang umo kita jumpa lagi RAYA 2011 ye pak2 sedara, mak2 sedara n sepupu kupukupu ku semua...*wink2*

++sedara mara belah abah..ni belum cukup ahli lagi..gegam umah aku dibuek mereka..huhu++

++sedara mara belah ummi yg jugak xcukup ahli~lepas ber BBQ..seb baek gmbr ni pun x berbau ayam,sutun,kerang n sosej bakar jugek!muahaha++


P/S: Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..maaf zahir & batin =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 23, 2010

i wish i could do this...but......


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun.

Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal.

Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami.

Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun).

Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.



+++okeyh, actually i got this letter from my rumet (via email)..n u know wut,i love this letter so much!! all those thing 'he' a.k.a 'along' wrote in dis letter was truly deeply rite!!~nikah awal bukan krn nafsu semata-mata, tp krn dapat menyempurnakan sbhgn drpd Agama..dan konsep nikah yg sebenar dlm Islam adalah utk mengurangkan maksiat sperti zina (hati, mulut, telinga dan seluruh anggota badan) bg yg faham konsep ini..yg penting dpt menghalalkan hubungan yg haram, dan menghindarkan diri dr terjebak ke lembah dosa dan maksiat..nauzubillahi minzalik~~sbb tu kebanyakan anak2 ustaz ramai yg nikah awal,krn mereka faham konsep nikah yg sebenarnya......wallahu'alam+++



P/S: i wish i cud do the same thing..but i know i hav no strength yet...wut shud i do..uhuk3~~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 14, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..


Salam Ramadhan buat semua..
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...




Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia mewajibkan kpd org2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dlm firmannya:
"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183]

RAMADHAN is here once again...
Alhamdulillah, tahun ini aku masih berpeluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini, ..

Dan, tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku berpuasa di Kolej Kedua, UPM...woahaa!
ini bermakna, aku dah nak abis belajar..huu seronok yg amat!hee~

Hari pertama puasa,
aku pegi Bazar Ramadhan kt Seri Serdang (SS besar)..
tahun ni dh pegi ngn kete,x mcm tahun2 lepas kena jln kaki or naik bus..ehek3~

Pape pun, di kesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kpd seluruh muslimin dan muslimat walau dimana jua anda berada. Sama-sama kita berusaha utk melaksanakan ibadah puasa dgn penuh ikhlas demi mengharapkan keredhaan Allah SWT..InsyaAllah =)




*okeyh..ini juadah aku & my luvly rumet lepas terawih..
(tiramisu cake, cheese cake, choc moist,blueberry cake)
best sgt...kenyang seyh..*wink2*


P/S: sedeyh+rindu yg amat utk berbuka puasa bersama family terchenta di kg...wuu sedeyh mengenangkan lauk pauk yg best di rumah...uhuk3

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 2, 2010

Everybody's Changing..so I am

You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can

You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

You're gone from here
Soon you will disappear
Fading into beautiful light
'Cause everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

Oh
Everybody's changing
And I don't feel the same


I really love this song...everything!..the lyrics & the music..It makes me think about "changes in life" ...life & death....the best song i ever heard. powerful and a little bit sad but i just love listen to it all the time again and again...I just realized,if everybody and everything is changing,why don't I change myself too?why don't I change my thought too?why don't I change my life too??
yes everybody's changing it seems for the worse but i don't feel the same as them, that's my take on the song, so little time...so true....i really don't feel the same as the rest that move on and forget the past..i never forget it, it makes us what we are now...=)


P/S:thanks a lot for someone who has changed me..a lot enuf!may Allah bless us~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 19, 2010

Allah lebih menyayanginya...

Innalillahiwai'nnailaihiroji'un...
Akhirnya,
semalam,lebih kurang jam 3 petang, Tok Wan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang...
Jam 4 petang Along call utk mengkhabarkan pemergian Tok Wan..
Perasaanku??
Tenang...kerana telah bersedia utk mendengar semua itu..
Walaupun sangat terkilan kerana tak dapat balik melihat Tok Wan buat kali terakhir..
Biarlah.. Allah lebih sayangkan Tok Wan dan tak sempat sakit lama..
Alhamdulillah..
Itu dah lebih daripada cukup..daripada melihat dia terlantar lebih lama..
Kata Along,sebelum TokWan menghembuskan nafasnya yg terakhir,sanak saudaranya telah menunaikan solat hajat utk memudahkan pemergiannya...
Dan Alhamdulillah,tak lama selepas itu,Allah telah memudahkan pemergiannya, seperti mana yg diharapkan..Alhamdulillah..
Kata Along,wajah TokWan sangat bersih, nampak mcm orang tgh tidur je,tenang dan cam tersenyum...owhh
Arwah telah selamat dikebumikan selepas Isya' malam itu jugak..
(mayat tak elok disimpan lama2)

"Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.."
Al-Fatihah...


*Aku sayangkan Tok Wan..tapi tak berkesempatan utk mengucapkannya kepada Tok Wan..owhh
Kata Along, Tok Wan juga sayangkan aku.. setiap hari ada saja yg ditanya tentang aku kpd Along,dan ingin bertemu dgnku lg..tapi tak mengapalah..@-@*


P/S: Arwah Tok Wan sempat merasa Puding Kastard yg aku buat 3 minggu sebelum dia jatuh sakit...dan aku dah puashati utk itu...=) *sayang Tok Wan*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 16, 2010

moody+donut chumel

Dan hari ni,aku agak moody,rasa cm nk nanges je...pegi kelas pn cm xde semangat je..
kenapa yer...hmm
mungkin teringatkan Tok Wan..
atau, mungkin teringatkan assignment yg makin bertambah dr sehari ke sehari..
atau,mungkinkah...arggh...!!
Aku benci perasaan sebegini!!

Tetibe balik kelas td, aku masuk bilik...
then,aku tengok ada sesuatu diatas mejaku..


*cam sodap je donut chumel ni*wee~ =D


Then, tetiba rumate aku cakap,
"Akak,tu donut untuk akak.."
Terkezut aku...huhu
"Ohh terima kasih Aiman..=))"

~hari ni sy dapat makan 2 bijik donut chumel yang Rumet sy beli~ehee

P/S: tenkiu myluv rumate, Aiman Nafisah..=) ~ terasa sayang lak nak makan..nak simpan je la,bleh??errr......apakah??ahaks!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

hanya doa dapat kutitipkan dari jauh...

2 days ago,i've got a bad news from my Along a.k.a Firdaus..
mengatakan, Tok Wan nya terjatuh kat pintu toilet..owhh aku sgt terkejut! Along lebih la lagi..
hampir menanges aku mendengarnya...tp kata sepupunya yg ada kat umah Tok Wan, Tok Wan xde pape..mungkin terkejut sket je..bg minum air pn termuntah..
mlm itu jugak emak saudaranya balik umah Tok Wan..
Along xdpt ikut balik, coz kena urus adik2 sepupunya yg bersekolah esoknya..
Aku dpt mendengar suaranya yg sebak menahan tangis time dia call aku...
aku sangat2 faham perasaannya..Along membesar dengan Tok Wan, sampai lah sekarang Along sgt rapat dgn Tok Wannya..
Dan,aku juga telah mengenali Tok Wan..aku pernah ke rumah Tok Wan utk bagi air ubat..
Yang penting,Tok Wan tahu aku bakal menjadi cucu menantunya nanti, InsyaAllah kalau ada jodoh dgn Along..:)
Setiap hari Tok Wan bertanyakan perihal aku pada Along..woahaa! :D
Oit2, Aishah!! behave,citer masih dlm mode sedeyh ni!!
Owh,ok2 lupe!...hee continued..
emm Tok Wan skrg masuk hospital..kata Along, Tok Wan kena strok, dah lumpuh separuh badan..
kesian Tok Wan...;((
Aku nak balik gak melawat Tok Wan..tp xdpat, sgt byk keje..wuu sedeynye..
Semalam, Along citer lagi pasal Tok Wan..
Tok Wan nak air sejuk, nak makan anggur, terasa nak mkn prune..
tapi sebenarnya,dia dh xdpt makan sgt..doc bagi susu pn melalui wayar dlm hidung..hmm ehem, Aishah plez jgn tangkap leleh skrg..!
"Ya Allah..sembuhkanlah Tok Wan,panjangkanlah umur Tok Wan dan kuatkanlah semangatnya untuk terus hidup"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 14, 2010

Wanita dan Sifat Pemalu




"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.


Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja.melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum
wanita.




P/S: Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

++FiSya's Fish++